• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.
youtube facebook instagram twitter

Gosip Artis Malaysia Terkini dan Sensasi

Desas desus mengatakan bahawa pelakon terkenal, Zul Ariffin telah berkahwin dengan gadis kelahiran Ukraine, Tanya Glembotska ditepis beliau seperti persis gaya silat Encik Solihin dalam filem Hantu Kak Limah. Cerita hero filem Tombiruo berusia 33 tahun itu berkahwin dengan gadis yang difahamkan seorang model menjadi tular gara-gara foto romantis dipercayai dimuat naik Glembotska dalam Instagram (IG) Story.
Zul Ariffin Tepis Dakwaan Telah Berkahwin Macam Sedang Bersilat
Kami tepis serangan Encik Solihin dengan caption dari Instagram milik Tanya Glembotska berbunyi "I want to say thanks to my husband. I am very happy with you." (Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada suamiku. Saya sangat gembira bersama kamu). Perkongsian berkenaan pantas mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan peminat bintang bertubuh sasa itu.

Namun, gerak geri langkah kami dibaca teliti dan tertib oleh Encik Solihin, makanya buah pertama beliau sajikan kepada kami sebelum buah kuntau kanan gantung dilempiaskan tepat dikomen dibawah ini:

"Tiada maknalah... Itu cerita lama! Saya tiada apa-apa komen.

“IG gosip itu kempunan perhatian agaknya. Komen pun tiada guna... Maaf, saya tiada komen," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH Online.

"Saya mengenalinya ketika bercuti di Phuket, baru-baru ini. Kebetulan kami menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai. Dia hanya kenalan dan saya melayaninya sama seperti orang lain," kata Zul dalam kenyataan dibuat, tidak lama dulu.

Encik Solihin lakonan Zul Ariffin berjaya mematahkan serangan kami dan berlalu pergi seperti awan yang beralun. Kenapa awan terapung? Dimanakah tarikan graviti?? - Wirawanbawang yang confius.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Kepada netizen yang panas punggung dengan persaraan Altimet, kami sarankan sapuan gel aloe vera 3 kali sehari dibahagian punggung bagi meredakan kesakitan dan juga sapuan balm kalis dosa untuk setiap kecaman dan hinaan anda kepada beliau.

Baru - baru ini konsert "The Last Altimet Show" mendapat sambutan yang baik dengan kerjasama ramai artis - artis terkenal seperti Aizat Amdan, DJ Fuzz, Awi Rafael dan ramai lagi. Apa yang kami simpulkan bahawa konsert ini adalah konsert yang berjaya.

Walaupun konsert ini berjalan dengan baik dan penuh happening, rata - rata netizen banyak yang panas punggung dengan persaraan Altimet. Tidak berpuas hati dengan beliau sambil membandingkan persaraan beliau dengan Malique. Altimet yang bersara, kau mengelupur kepanasan. Begitulah toksiknya komen - komen yang dilontarkan kepada Altimet.

Nampaknya komen - komen negatif oleh netizen ini seperti langsung tidak menghargai seni musik tempatan dan mungkin hanya menyanjung rupa paras plastik artis k-pop walaupun lirik mereka cuma du-du-du-du. SAMPAH! - WirawanBawang
Netizen Panas Punggung Dengan Persaraan Altimet

Netizen Panas Punggung Dengan Persaraan Altimet

Netizen Panas Punggung Dengan Persaraan Altimet

Netizen Panas Punggung Dengan Persaraan Altimet

Netizen Panas Punggung Dengan Persaraan Altimet

Netizen Panas Punggung Dengan Persaraan Altimet

Netizen Panas Punggung Dengan Persaraan Altimet

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam

Siapa yang tidak idamkan percutian mewah yang menenangkan serta memberikan pengalaman yang unik? Baru - baru ini, Neelofa dikhabarkan sedang bercuti Maldives dan telah menginap di sebuah Villa iaitu The Muraka dengan harga untuk satu malam sahaja mencecah RM200K.

Dikelilingi lautan biru dan pelbagai hidupan laut serta bilik tidur yang lengkap dengan ciri dan teknologi moden dengan kelasnya tersendiri, penginapan yang dikenali sebagai The Muraka undersea villa yang didiami Neelofa berharga 50,000 USD ataupun lebih kurang RM 200,000 untuk satu malam. Fuh!

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam

Ok, kepada anda yang mengidam nak jadi Aquaman, boleh try menginap di The Muraka. Pasti koyak! Hahaha

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Datuk Seri Aliff Syukri Luah Rasa Kecewa Dituduh Riak

Umum mengetahui apa sahaja yang dilakukan oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pasti akan mendapat perhatian netizen. Aliff memang seorang yang suka berkongsi pelbagai perkara tentang kehidupan serta aktiviti sehariannya di media sosial.

Beberapa hari lalu, beliau ada memuat naik foto sepasang selipar jenama mewah Louis Vuitton yang digunakan beliau untuk pergi ke pasar malam. Foto tersebut  dikecam oleh netizen yang mendakwa Aliff masih lagi ingin terlalu riak dan menunjuk segala kemewahan yang beliau ada.






Mungkin sudah tidak dapat menahan rasa sakit hati kerana sering dikritik, Aliff meluahkan rasa kecewanya di Instagram terhadap netizen serta individu yang membuat parodi selipar tersebut yang seakan mempersendakan dirinya.

Itulah adat dimedia sosial, kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Cuma apa yang boleh kita lakukan adalah cuba berkongsi perkara yang bermanfaat. InshaAllah.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Fathia Latiff Bawa Hati Yang Lara Ke Los Angeles?

Apabila sebut nama Fathia Latiff, tidak dinafikan beliau diduga dengan pelbagai kontroversi, dan sudah pasti apa yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya sebagai satu memori yang sedikit pahit untuk diingati. Baru - baru ini dikhabarnya, beliau bakal berangkat ke Los Angeles tidak lama lagi dan mempunyai perancangan untuk tinggal di sana. Why Fathia Latiff? Why?

Saya selalu berfikiran positif dan segala kontroversi yang berlaku tidak pernah melemahkan semangat saya. Benar ada perkara timbul disebabkan diri sendiri tetapi saya belajar daripada kesilapan berlaku. Saya membuat keputusan menetap beberapa bulan di Los Angeles kerana ingin mendapatkan perspektif baru dalam hidup.

Pemergian ini saya tidak meletakkan apa-apa sasaran khusus. Saya juga tidak menetapkan akan duduk berapa lama di sana. Saya mungkin boleh saja mengubah fikiran dan hanya tinggal sebentar dan pulang kembali ke tanah air.

Fathia Latiff Bawa Hati Yang Lara Ke Los Angeles?

Fathia cuma ingin bercuti panjang kerana sudah terlalu penat bekerja sepanjang tahun. Pada masa yang sama, beliau ingin mempelajari perkara baharu di Los Angeles yang terkenal sebagai kota yang membuka pintu bagi ribuan anak seni untuk menerokai bidang itu dengan lebih dalam dan menimba pengalaman untuk memantapkan lagi bakat yang mereka ada.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Datuk Rosyam Nor Bakal Buka Pasar Raya

Kami difahamkan Datuk Rosyam Nor bakal melancarkan sebuah pasar raya borong pertama miliknya yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur, awal Februari depan.

Dengan Memilih ST Rosyam Mart sebagai nama untuk pasar raya borong terbabit, jelas Rosyam, idea yang tercetus dua tahun lalu itu menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan.

"Insya-Allah, awal bulan Februari ini saya akan melancarkan sebuah pasar raya dengan nama ST Rosyam Mart di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

“Setakat ini kami sedang menjalankan kerja renovasi di peringkat akhir sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

"Sebenarnya saya sukar mencari sebuah pasar raya yang persekitarannya bersih, cantik, kualiti barangan yang segar serta tawaran harga berpatutan. Justeru, saya nekad mengusahakan sebuah pasar raya borong yang berpangkalan di Setiawangsa untuk cawangan pertama ini," katanya.

Menurutnya, nama pasar raya yang mempunyai keluasan sebanyak 13 lot unit kedai itu diambil sempena usaha samanya dengan syarikat Sri Ternak.

"ST Rosyam Mart bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang tidak pernah diwujudkan oleh mana-mana pasar raya lain di Malaysia.

"Saya yakin pengunjung akan berpuas hati dengan konsep pasar raya ini dan boleh mendapati pelbagai barangan keperluan sama ada barang kering dan basah di sini dengan harga yang berpatutan," katanya.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Zizie Ezette Selamat Melahirkan Anak Kembar

Baru beberapa hari lepas kami stalk ig Zizie, tengok - tengok dah delivered. Alhamdulilah dan Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Zizie Ezette yang selamat melahirkan bayi kembar lelaki pada jam 5.48 dan 5.50 pagi  Jumaat, di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Berita gembira itu dikongsikan oleh Zizie menerusi akaun Instagramnya dimana beliau melahirkan bayi kembarnya melalui kaedah pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Zizie bukan sahaja seronok bergelar ibu tetapi cukup teruja dengan kehadiran cahaya mata beliau yang lahir sehari sebelum hari jadi beliau iaitu pada hari Sabtu semalam.

A birthday mommy with her two little precious EARLY birthday gifts!! Mommy expected them to arrive today but they came by surprise via emergency C Section yesterday, Friday 29th of December at 5:48am & 5:50am, weighing 2.74 (baby boy1) and 2.78 (baby boy2). Alhamdulillah, both are healthy babies. Terima Kasih yang tak  terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya.
Zizie Ezette Selamat Melahirkan Anak Kembar


Zizie mendirikan rumah tangga bersama ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada tahun 2009. Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Naila Nurjenna.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Zul Arifin Sedia Akur Tamatkan Hubungan Dengan Zahirah Jika Bapanya Tidak Restu

Khabarnya, bapa kekasih Zul Ariffin, Zainol Macwilson telah memuat naik kenyataan sinis berkenaan hubungan anaknya Zahirah dengan pelakon popular itu di Instagram. Sehubungan itu, ada peminat yang membuat telahan hubungan antara Zul dan Zahirah tidak begitu baik.

Rentetan peristiwa itu, Zul meminta agar Zainol berterus-terang jika tidak merestui hubungan Zahirah dengannya, bukannya menggunakan media sosial untuk bersikap sinis. Zul memberitahu BH Online:

Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tidak suka kami rapat? Kenyataannya itu membuat saya tertanya-tanya apa tujuannya, tetapi hingga hari ini, saya tiada jawapan.

Saya berharap bapa Zahirah menjadi lelaki yang ‘gentleman’ dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri.

Zul memberitahu dia memahami Zainol hanya mahukan yang terbaik untuk Zahirah:
Saya juga bakal menjadi bapa suatu hari nanti, sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk zuriat sendiri. Saya sanggup tolak ke tepi perasaan saya jika itu yang dimahukan. Cuma, pinta saya, berterus terang supaya saya tidak tertanya-tanya.

Zul Arifin Sedia Akur Tamatkan Hubungan Dengan Zahirah Jika Bapanya Tidak Restu

Zul juga memberitahu dia sememangnya jarang memuat naik gambarnya dengan Zahirah ke media sosial mahupun hadir ke majlis hiburan bersama teman wanitanya itu kerana dia ingin menjaga nama baik Zahirah.

Saya mahu orang luar memandang usaha keras Zahirah memperkenalkan bakat dan bukan menjaja kisah cinta. Saya bukan baru, sudah hampir 10 tahun dalam bidang ini. Jadi, saya sudah faham dengan permainan industri hiburan.

Cuma, saya tidak faham kepada perlu mencetuskan perkara ini? Semua ini saya peroleh tanpa melalui jalan mudah. Bertahun-tahun saya menunggu untuk berada pada tahap ini, mengapa tiba-tiba buat saya seperti ini.

Penulis pun perasan Zul amat jarang dilihat bersama Zahirah. Gambar bersama yang ada di Internet  pun hanya dari masa mereka awal menjalinkan hubungan dua tahun lepas.

Sememangnya alasan Zul tidak memuat naik gambar dengan Zahirah itu kukuh. Untuk apa menjaja kisah percintaan yang belum pasti kesudahannya, bukan? Tambahan pula, awal perhubungan mereka agak kontroversi juga.

sumber: beautifulnara
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Haqiem Rusli Nafi Dakwaan Beli Kereta Secara Tunai

Heboh di media sosial bahawa penyanyi popular, Haqiem Rusli, baru sahaja membeli sebuah kereta dengan bayaran tunai. Namun, beliau tampil menepis dakwaan tersebut dan menyifatkan bahawa ianya perkara peribadi yang tidak perlu dikongsi dengan umum.

"Benar, saya beli kereta itu tiga minggu lalu, tetapi bukan secara tunai. Saya pun berasakan perkara ini tidak perlu diberi penjelasan kerana ia soal peribadi.

"Saya juga malas hendak bercakap mengenai hal ini apabila ia menjadi bualan netizen. Biarlah apa orang nak kata,"

Kata penyanyi lagu Tergantung Sepi itu, beliau bersyukur apabila hasil usahanya selama ini sebagai penyanyi berbaloi dan kereta itu dianggap sebagai hadiah buat diri sendiri serta ibu dan bapanya yang banyak memberi sokongan. Malah, ia juga memudahkan Haqiem, 19, untuk bergerak ke sana-sini bagi tujuan kerja jika ibu dan bapanya sibuk.

"Buat masa ini, saya belum boleh memandu lagi, jadi ada rakan yang tolong pandu. Apabila sudah ada kereta, maka saya juga lebih bersemangat untuk mendapatkan lesen," tuturnya.

Baru-baru ini, Haqiem memuat naik foto keretanya bersama luahan rasa syukur apabila dapat memiliki kenderaan hasil usahanya sebagai penyanyi. Ekoran itu, rata-rata peminat mengucap tahniah kepada beliau. Malah, ada peminat yang memberi cadangan kepada penyanyi itu untuk menghias kereta terbabit.

Bagaimanapun, menerusi laporan sebuah blog, Haqiem dikatakan kononnya membeli kereta itu secara tunai. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Haqiem merancang untuk membuka perniagaan francais burger di bawah jenamanya sendiri dalam masa terdekat nanti.

Bagi kami, walau dengan cara apa pun pembelian tersebut, biarlah dari hasil titik peluh kita sendiri. Betul tak?
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tahniah! Datuk Jalaluddin Hassan Kini Telah Berpunya

Kami difahamkan bahawa Datuk Jalaluddin Hassan, telah sah bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, di sini, kira-kira jam 10.55 pagi tadi.

Datuk Jalaluddin Hassan dinikahkan oleh abang kepada Rapidah yang juga penggiat teater, iaitu Lokman Abd Ghani di hadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Mohd Faisal Mohd Noor, dengan mas kahwin RM300. Majlis turut disaksikan bapa Jalaluddin, Tan Sri Hassan Azhari.

Bagaimana mereka berkenalan? Kami dimaklumkan perkenalan selama empat bulan menerusi laman sosial Facebook menyatukan pasangan yang tampil dengan persalinan rona putih itu.

Rapidah yang juga ibu tunggal, turut menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 dan dibalas tujuh dulang hantaran. Majlis yang dihadiri kira-kira 100 tetamu merangkumi ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai, turut dihadiri rakan artis, Ashraf Muslim, Arash Mohamad dan Den Wahab.

Pasangan mempelai kemudian diraikan pada majlis ringkas di perkarangan masjid. Jalaluddin dan Rapidah mengambil peluang bertemu ahli keluarga dan jemputan yang mengucapkan tahniah kepada mereka. Jalaluddin menduda selama setahun susulan kematian isteri tercinta, Datin Hashimah Aksan, pada 5 November tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga selama 40 tahun.

Kami mengucapkan tahniah dan semoga pasangan Datuk Jalaluddin dan Datin Rapinah berkekalan hingga akhir hayat. Amin.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Biodata Farah Nabilah, Watak Aisy Dalam Drama Titian Kasih

Kepada mereka yang baru terjebak dengan drama Titian Kasih dalam slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.59 petang, pastinya tertanya - tanya siapakah pelakon yang membawa watak Aisy ini. Begitu serasi bila digantikan bersama Zul Ariffin. Pelakon yang dimaksudkan adalah Farah Nabilah.

Oleh itu, mari kenali beliau dengan lebih detail.

BIODATA FARAH NABILAH [ watak Aishy dalam Titian Cinta ]

Nama Panggilan: Farah Nabilah
Tarikh Lahir: 10 Mac 1992
Umur: 25 (2017)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Pendidikan: Jurusan Psikologi
Kerjaya: Pelakon, Model Iklan
Drama: Inikah Cinta, Papa Ricky, Titian Cinta (2017)
Laman Sosial: (admin masih mencari...)
Instagram: https://www.instagram.com/fawaaaa/


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Fattah Amin Lancarkan Single Terbaru Berjudul '1234U'

Kami tahu peminat-peminat Fattah Amin sedang melonjak kegembiraan sekarang ini kerana beliau telah pun melancarkan lagu terbaru yang bertajuk “1234U”. Sebelum ini Fattah Amin telah menggegarkan dunia nyanyian tanah air dengan lagu Wanita Terakhir yang menambat hati jutaan pendengar di Malaysia (nada sarkastik).

Menariknya lagu “1234U” ini turut dilancarkan bersama-sama dengan video klip rasminya. Kami dah 'berjaya' tengok dan dengar lagu ini (Alhamdulilah tiada yang cedera | Sarkastik 2.0). Boleh tahan catchy lagu terbaru Fattah Amin ini. Confirm meletop-letop la lepas ini.


Lagu “1234U” ini adalah OST untuk telefilem Wanita Terindah yang akan menyaksikan Fattah Amin sekali lagi bergandingan dengan Fazura. Pastinya semua pihak sudah semakin tidak sabar untuk menantikan gandingan mantap kedua-dua pelakon hebat ini.

Fattah Amin Lancarkan Single Terbaru Berjudul '1234U'

Lagu “1234U” ini telah dicipta oleh Aizat Amdan, Anas Amdan, dan Mel Ramlan yang turut bertanggungjawab membuat single pertamanya, Wanita Terakhir. Sementara itu muzik videonya turut menampilkan pelakon cilik Adam Mika yang akan turut tampil di dalam telefilem Wanita Terindah. Setakat penulisan ini, video klip “1234U” sudah pun ditonton lebih daripada 5,000 kali. Apa pendapat anda tentang lagu terbaru Fattah Amin ini?

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Datuk Dr Boy Iman Ditahan Kes Penipuan Projek Perumahan

Gosip sebelum ini, wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah bersemuka Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman selepas aduan dibuat lebih 100 orang bahawa projek perumahan mini banglo bernilai RM 60,000 yang dibangunkan oleh Juta Kelulut Sdn Bhd dan dipasarkan oleh DBI Technology Sdn Bhd gagal disiapkan setelah bayaran dibuat. 

Boy Iman juga telah membuat laporan polis  terhadap pengendali Facebook dan pihak media yang didakwanya menuduh dia melakukan penipuan skim jualan rumah. Terbaru, Utusan Online melaporkan Boy Iman ditahan bersama dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources dalam dua tangkapan berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dan sebuah kondominium di Setapak, dekat sini semalam.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 45 tahun itu ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta.

Datuk Dr Boy Iman Ditahan Kes Penipuan Projek Perumahan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis terhadap kedua-dua syarikat berkenaan yang menawarkan rumah kepada mangsa dengan harga sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi, bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.

Dalam tangkapan pertama, JSJK merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, 3 unit telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

Manakala, dalam tangkapan kedua, kita merampas dua unit telefon bimbit dan pelbagai dokumen Syarikat?Juta Kelulut Global Resources.

Tambah Acryl Sani, kesemua suspek sedang direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Aeril Zafren dan Wawa Zanial Ditipu RM100K?

Kami difahamkan, pasangan pelakon sensasi, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah  membuat laporan polis terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang didakwa menipu mereka sebanyak RM100,000 sejak Mac tahun lalu. Banyak tu!

Aeril berkata, wang itu diserahkan secara tunai kepada lelaki itu pada Mac tahun lalu bagi tujuan menghasilkan produk minyak wangi.

"Saya percayakannya kerana dia pernah menghasilkan minyak wangi untuk beberapa selebriti lain. Dia memberitahu jika ingin menghasilkan minyak wangi, saya perlu membayar wang pendahuluan.

"Selepas menyerahkan wang, dia berjanji produk akan dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan. Malangnya sehingga sekarang dia terus senyap," katanya kepada Harian Metro.

Aeril yang juga pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap berkata, selepas produk itu gagal dikeluarkan dalam tempoh dijanjikan dia menuntut supaya wang itu dikembalikan.

"Selepas beberapa bulan mendesak, dia bersetuju memulangkan semula wang saya dengan memberikan cek pada awal tahun ini. Malangnya, apabila saya cuba menukarnya di bank saya dapati ia cek tendang.

"Saya difahamkan daripada beberapa bekas pekerjanya, wang saya itu digunakan untuk perkara lain," katanya.

Menurut Aeril, dia juga sudah berusaha menghubungi dan menghantar mesej kepada Datuk berkenaan tetapi gagal.

"Saya ada menghubungi isteri dan anaknya, tetapi saya difahamkan mereka juga tidak dapat menghubunginya. Dari awal urusan perniagaan ini dilakukan, saya masih menyimpan segala bukti perbualan kami.

"Jadi selepas 19 bulan, saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya membuat laporan ini bagi menuntut hak saya semula. Saya berharap dia atau wakil keluarganya datang berjumpa saya bagi menyelesaikan perkara ini. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak ada sebarang maklum balas," katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, hari ini.

Zaman sekarang semakin bahaya, banyak tipu helah manusia. Diharap selepas ini kita sentiasa berjaga - jaga dalam membuat pemilihan terutama yang melibatkan wang ringgit.

Sumber: mymetro
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Fathia Latiff Sabar dan Redha, Rezeki Milik Allah

Kami kiciwa apabila mengetahui bahawa nama Nur Fathia digugurkan daripada drama La Luna akibat kontroversi video “Bigo Live”, rata-rata netizen beranggapan bahawa karier Fathia Latif di dalam dunia lakonan telah berakhir. Selepas kontroversi itu, setakat ini memang tiada sebarang tawaran lakonan yang diterima oleh Fathia. Namun pelakon itu percaya bahawa rezeki itu di tangan Tuhan.

Kata Fathia:-
Saya percaya rezeki di tangan Tuhan. Walaupun sebagai manusia kita sentiasa takut akan kehilangan rezeki atas perbuatan yang pernah kita buat yang pada pandangan masyarakat ia memberikan implikasi buruk, tetapi rezeki itu sudah ditetapkan. Andai ia milik kita ia tetap menjadi milik kita.

Saya juga selalu mengingatkan diri rezei banyak ruang dan cabang. Sebelum pelbagai isu membabitkan diri saya timbul, saya bukan saja selebriti tetapi juga ahli perniagaan dan duta produk. Jadi pada saya rezeki Insya Allah ada di mana-mana saja.

Saya percaya bila kita sentiasa sabar sabar dan redha dengan kententuan, Allah akan letak rezeki untuk kita. Cuma dalam waktu yang sama, sebagai manusia kita kena berusaha.
Menariknya Fathia Latiff juga turut memaklumkan yang dia sebenarnya keberatan untuk menerima tawaran membintang drama La Luna. Fathia juga turut memaklumkan yang dia tetap akan berlakon tambah syarat tambahan. Tambah Fathia lagi:-
Saya sebenarnya memang keberatan mahu menerima tawaran membintangi La Luna pada peringkat awal tetapi selepas dipujuk, saya buat juga demi kawan-kawan. Sebenarnya memang sudah tertulis bukan rezeki saya.

Hendak kata saya buat syarat selepas ini, sebenarnya saya seperti pelakon lain akan melihat watak perwatakan, jalan cerita, pengarah dan produksi mana sebelum ini. Tiada apa pun perubahan atau syarat untuk saya bekerja. Cuma selesa bekerja dengan produksi yang memahami saya agar memudahkan kedua-dua pihak.
Fathia Latiff Sabar dan Redha, Rezeki Milik Allah

Bersabarlah Fathia Latiff. Memang rezeki itu sudah tertulis buat kita semua, sebagai manusia kita harus buat yang terbaik agar rezeki itu datang kepada kita. Jangan sia-siakan dengan melakukan kesilapan yang boleh dielakkan. Apa pun, semoga rezeki Fathia di dalam bidang lakonan tidak tertutup selepas kontroversi yang berlaku. Fathia memang pandai berlakon. Jadi agak rugi sekiranya dia di”black list” oleh kesemua produksi. Semoga masih ada sinar harapan untuk Fathia.

Sumber: Harian Metro.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Sebelum ini, kami difahamkan Joy Revfa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Hafiz Hamidun tergesa-gesa mahu berkahwin kerana inginkan sesuatu. Sudah tentu kenyataan tersebut menimbulkan persoalan di kalangan mereka yang mengikut kontroversi pasangan suami isteri ini. Dan sudah tentu juga ramai yang berharap Hafiz Hamidun tampil untuk menjawab kenyataan Joy Revfa itu. Namun Hafiz telah mengambil langkah berjaga - jaga dengan memaklumkan yang dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan, sebaliknya hanya menunggu keputusan mahkamah terhadap kesnya dan Joy Revfa.

Kata Hafiz Hamidun:-

Sudah tiada apa yang nak diperkatakan lagi mengenai perkahwinan saya dengan Joy Revfa, dia memilih untuk menyelesaikan cara mahkamah, jadi kita tunggu sajalah keputusan hakim. Saya rasa tidak perlu keluarkan sebarang kenyataan kerana tak mahu orang fikir saya sekadar ingin meraih simpati.

Mungkin pada mata dia yang nampak seperti tergesa-gesa nak berkahwin, itu pendapat dia, jadi saya tak perlu nak ulas tentang benda ini. Sekarang dia sudah pilih jalan mahkamah, jadi tak perlu nak keluarkan apa-apa kenyataan tentang kes ini. Cukup-cukuplah, hormati proses mahkamah!

Saya banyak bersembang dengan orang sekeliling dan minta pandangan mereka, tak perlu nak stress atau tertekan kerana setiap masalah ada jalannya. Saya berpegang kepada prinsip, jangan buat keputusan ketika marah dan jangan juga buat keputusan semasa terlalu suka. Malah, kawan-kawan pun tak pernah bertanya tentang isu ini sehingga saya pula yang rasa pelik, mungkin mereka rasakan isu ini agak sensitif sehingga tak berani nak bertanya.

Hafiz Hamidun Tunggu Keputusan Mahkamah, Enggan Keluar Sebarang Kenyataan

Kami pun sebenarnya dah tak sabar nak menunggu perbicaraan kes ini berlangsung di mahkamah. Ia adalah satu kes yang amat menarik dan banyak pengajaran yang boleh diambil. Yang pasti kepentingan pendaftaran perkahwinan tidak boleh dipandang remeh oleh pasangan yang mahu berkahwin, sama ada di dalam atau di luar negara. Ini semua untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi. Semoga kebenaran akan terbukti, sekaligus membolehkan Hafiz melupakan episod hitam di dalam hidupnya ini. Sumber Mstar Online.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

CARI GOSIP TERKINI

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

PEDIH MATA MINGGU INI

  • Gara Gara Tunggakan Yuran Penyelenggaraan, Awal Ashaari Dihalang Memasuki Rumah Sendiri
  • Zizie Ezette Selamat Melahirkan Anak Kembar

KOLEKSI OF GOSIP

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  May 2022 (1)
      • Gara Gara Tunggakan Yuran Penyelenggaraan, Awal As...
  • ►  2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
  • ►  2019 (10)
    • ►  February 2019 (10)
  • ►  2018 (9)
    • ►  October 2018 (4)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (13)
    • ►  November 2017 (4)
    • ►  October 2017 (9)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!