Isteri Berang Aliff Aziz Jalin Hubungan Dengan Heroin Telefilem Pula?


Sekali lagi rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah dilanda badai apabila isterinya, Bella Astillah mendedahkan bahawa dia ada menjalinkan hubungan dengan pelakon utama sebuah telefilem. Malah, Bella turut mendedahkan bahawa Aliff sudah seminggu tidak pulang ke rumah.

Kami dimaklumkan, Bella telah menerima tiga rakaman video dari seseorang yang menunjukkan Aliff bersama pelakon yang merujuk dirinya sebagai ‘Via’ sedang mabuk, berpelukan dan menari bersama Bella di sebuah kelab.

‘Via’ mendakwa dia tidak mabuk dan meminta pihak yang mendakwa demikian mengeluarkan bukti. Namun ia disangkal oleh Bella yang mempunyai bukti tiga rakaman video kelakuan Via dan suaminya.

Walaupun begitu, Bella masih belum mendedahkan rakaman video tersebut.

Sebelum ini Aliff Aziz pernah terbabit kontroversi apabila keluar berkaraoke dengan pelakon Afifah Nasir ketika Bella baru 20 hari berpantang anak pertama mereka.

 
 


p/s: Mohon jangan salah orang, bukan Alif Satar ya Tuan Puan!

You May Also Like

0 Comments