Datuk Rosyam Nor Bakal Buka Pasar Raya
Kami difahamkan Datuk Rosyam Nor bakal melancarkan sebuah pasar raya borong pertama miliknya yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur, awal Februari depan.
Dengan Memilih ST Rosyam Mart sebagai nama untuk pasar raya borong terbabit, jelas Rosyam, idea yang tercetus dua tahun lalu itu menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan.
"Insya-Allah, awal bulan Februari ini saya akan melancarkan sebuah pasar raya dengan nama ST Rosyam Mart di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
“Setakat ini kami sedang menjalankan kerja renovasi di peringkat akhir sebelum ia beroperasi sepenuhnya.
"Sebenarnya saya sukar mencari sebuah pasar raya yang persekitarannya bersih, cantik, kualiti barangan yang segar serta tawaran harga berpatutan. Justeru, saya nekad mengusahakan sebuah pasar raya borong yang berpangkalan di Setiawangsa untuk cawangan pertama ini," katanya.
Menurutnya, nama pasar raya yang mempunyai keluasan sebanyak 13 lot unit kedai itu diambil sempena usaha samanya dengan syarikat Sri Ternak.
"ST Rosyam Mart bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang tidak pernah diwujudkan oleh mana-mana pasar raya lain di Malaysia.
"Saya yakin pengunjung akan berpuas hati dengan konsep pasar raya ini dan boleh mendapati pelbagai barangan keperluan sama ada barang kering dan basah di sini dengan harga yang berpatutan," katanya.
0 Comments