• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.
youtube facebook instagram twitter

Gosip Artis Malaysia Terkini dan Sensasi


Pengacara popular Awal Ashaari akhirnya tampil memberi penjelasan terperinci selepas didakwa melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.

TUNGGAKAN YURAN PENYELENGGARAAN

Menurut Awal, timbul salah faham antara dirinya selaku pemilik rumah dengan pihak pengurusan perumahan berkenaan.

Kata pelakon berumur 41 tahun itu, dia dihalang untuk masuk ke premis sendiri gara-gara ada tunggakan beberapa bulan yuran pengurusan.

Perkataan khianat itu agak keras tapi itulah akta. Ceritanya tiga bulan sebelum raya saya pindah rumah baru, tapi tak ada la pindah sepernuhnya. Masih ada lagi barang lama saya di sana (rumah lama).

Sebelum raya saya ke sana nak ambil barang tapi kad akses untuk masuk tak boleh guna. Saya tanya pengurusan mereka kata ada beberapa bulan saya tak bayar yuran penyelenggaraan (maintenance). Saya faham mengenai itu dan akan bayar.. tapi minta bagi masuk untuk ambil barang dulu.

Mereka tetap kata tak boleh dan minta selesaikan dulu, sedangkan 14 tahun saya beli dan tinggal di situ tak pernah timbul isu saya tak bayar yuran, cuma terlambat bayar mungkin ada sebab saya sibuk. Cuma apabila dah berpindah rumah baharu itu saya terlupa tapi apa pun itu tetap rumah saya.

Awal menjelaskan perkara itu menerusi siaran langsung yang dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, pada malam Isnin.

AWAL ASHAARI DIHALANG MEMASUKI RUMAH SENDIRI

Tegas pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari, dia mengaku bertindak mengalih palang ‘gate’ menggunakan tangannya selepas permintaan untuk masuk ke kediaman sendiri bagi mengambil barang ditolak tanpa budi bicara.

Tak ada budi bicara atau tolak ansur. Saya kata kalau tak boleh masuk, saya masuk sendiri.. Saya ambil tindakan alih sedikit pagar menggunakan tangan saya, tak langgar seperti dilaporkan berita.

Saya turun dan alihkan palang, masuk ke dalam dan kemudian tutup semula menggunakan tangan saya. Itulah tindakan saya. Saya kesal sebab tiada tolak ansur.

Mungkin kekhilafan saya tak bayar yuran pengurusan tapi saya memang duduk situ, itu membuatkan saya terkilan. Apabila saya dah masuk baru saya tahu mereka buat laporan polis akibat masuk rumah sendiri, macam rasa nak gelak ada, nak menangis pun ada.

Dalam pada itu, suami kepada aktres Scha Alyahya ini menyatakan dia terpaksa memperbetulkan kesilapan orang ramai yang beranggapan dia membuat khianat di tempat awam.

Saya tak langgar harta sesiapa di situ,  saya cuma alihkan palang dengan tangan saya untuk masuk rumah saya sendiri. Tiada sesiapa cedera, tak ada sesiapa kena pukul, cuma ada sedikit kesilapan dan salah faham sebab guard pun bukan orang tempatan.

Kalau saya nak jual atau sewa kan rumah itu pun saya masih kena bayar yuran penyelenggaraan, saya nak lari ke mana? Ini cuma salah faham pemilik rumah dan pengurusan rumah sahaja.. takkan la saya nak buat aniaya tempat saya tinggal.

Saya tak nak menidakkan apa-apa, saya mengaku khilaf tentang bayaran tapi itu tidak bermakna saya tak boleh masuk rumah saya, barang-barang saya ada dalam rumah itu dan saya ada hak masuk rumah saya.. boleh bincang secara baik.


Pada Isnin, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan dibenar diikat jamin RM2,000, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Julai.

Mengikut pertuduhan, Awal melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, di sini dengan nilai kerugian dianggarkan RM600 pada 11.30 pagi, 16 April lalu.

Awal didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun atau tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.


Sumber: Oh!Bulan

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Sajat Gagal Dikesan, Dikatakan Telah Memasuki Alam Sebalik Mata

Sebelum ini, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap kepada seorang usahawan kosmetik iaitu Nur Sajat kerana gagal hadir untuk prosiding sebutan semula kes atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita dalam satu majlis agama. Sejak dari itu, Sajat didakwa membuat provokasi dengan menghilangkan diri dari dijejaki pihak berkuasa.

Setelah pihak berkuasa gagal mengesan kemana hilangnya Sajat, Wartawan kami cuba menggunakan kaedah pencarian secara tradisional yang penuh mitos dan tahyul. Kerja keras wartawan kami akhirnya membuahkan hasil apabila kami dapat mengesan bahawa Sajat telah memasuki Alam Disebalik Mata yang jelas sekali amat sukar bagi pihak berkuasa untuk menjejaki Sajat.

Melalui medium gelombang microwave daripada pemancar satelit di Alam Sebalik Mata, Nur Sajat dikatakan telah bersiaran secara live dan membuat kenyataan bahawa beliau masih lagi belum murtad dan tidak menyorokkan diri.

Sekian, Wartawan kami melaporkan.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Bella Astillah Tawar Hati Dengan Sikap Aliff Aziz

Tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak mahu berubah dan curang buat kali kedua, penyanyi Bella Astillah mengakui beliau sudah tawar hati dengan Aliff Aziz dan redha sekiranya perceraian adalah jalan terakhir dan terbaik buat mereka berdua.
Jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan redha. Saya tak sangka dia akan buat hal lagi. Ingatkan, dia sudah berubah. Kali ini, dengan pelakon juga.
Saya sudah tidak mampu untuk berselindung. Sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram. Sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang. Namun, nampaknya dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.
Kerana terlalu cinta dan sayang pada seorang suami, akhirnya hati Bella sendiri yang terluka. Banyak yang sudah dipendam dan kini hatinya sudah tidak mampu untuk menanggung lagi segala keperitan.

Bella Astillah Akui Tawar Hati Dengan Sikap Aliff Aziz

Bella Astillah Akui Tawar Hati Dengan Sikap Aliff Aziz

Silap saya sendiri sebab terlalu sayang, cinta dan menjaga nama serta keperluannya. Akhirnya, saya juga yang makan hati. Lima tahun kami saling mengenali dan usia perkahwinan kami juga memasuki tahun ketiga. Nampaknya, tempoh itu belum cukup untuk saya benar-benar mengenalinya. Dia masih tak serik. Ikutkan, banyak lagi kisah seumpama ini yang saya pendam dan tidak kongsi bersama umum.
Sejujurnya, Bella tidak sangka suaminya itu boleh bermain cinta dengan Oktovia Manrose dalam tempoh yang singkat sewaktu menjalani penggambaran sebuah telefilem. Namun, Bella akui sejak kebelakangan ini sikap Aliff mula berubah dengan ketara sekali.  Emosi suaminya itu agak tidak stabil dan banyak berdiam diri.

Bella Astillah Tawar Hati Dengan Sikap Aliff Aziz

Dalam pada itu, Bella menafikan dakwaan kononnya beliau menghalau Aliff keluar rumah sejak 17 Februari lalu. Katanya pada waktu itu, Bella memberikannya pilihan untuk memperbaiki hubungan mereka atau keluar rumah dan akhirnya Aliff sendiri yang angkat kaki.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Oktovia Manrose Nafi Ada Hubungan Dengan Aliff Aziz

Pelbagai cemuhan dan kecaman yang dilemparkan oleh netizen kepada pelakon baru, Oktovia Manrose selepas dikaitkan dengan gosip dan  kontroversi Aliff Aziz curang buat kali kedua.

Bagaimanapun, Oktovia tampil mempertahankan dirinya dan menyangkal dakwaan beliau ada hubungan dengan Aliff Aziz. Mereka tidak berdua-duaan di kelab malam dan pada masa yang sama, Oktovia juga menegaskan beliau tidak mabuk.
Kami bukan hanya berdua, ada yang teman untuk mengelakkkan difitnah. Saya tak suka orang buat tambah-tambah cerita macam ini. Jaga sikit muka. Alif dengan saya keluar sebagai kawan dan tiada apa yang serius di antara kami.
Apa bukti yang mengatakan saya mabuk? Mulut manusia memang busuk tak pernah nak kalah,satu cawan air langsung tak pegang.
Satu demi satu kenyataan yang keluar daripada pihak Oktovia dan juga Bella Astillah, namun Aliff sehingga kini masih berdiam diri mengenai kontroversi hangat ini. Malu Apa Bossku?

Oktovia Manrose Nafi Ada Hubungan Dengan Aliff Aziz

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Sekali lagi rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah dilanda badai apabila isterinya, Bella Astillah mendedahkan bahawa dia ada menjalinkan hubungan dengan pelakon utama sebuah telefilem. Malah, Bella turut mendedahkan bahawa Aliff sudah seminggu tidak pulang ke rumah.

Kami dimaklumkan, Bella telah menerima tiga rakaman video dari seseorang yang menunjukkan Aliff bersama pelakon yang merujuk dirinya sebagai ‘Via’ sedang mabuk, berpelukan dan menari bersama Bella di sebuah kelab.

‘Via’ mendakwa dia tidak mabuk dan meminta pihak yang mendakwa demikian mengeluarkan bukti. Namun ia disangkal oleh Bella yang mempunyai bukti tiga rakaman video kelakuan Via dan suaminya.

Walaupun begitu, Bella masih belum mendedahkan rakaman video tersebut.

Sebelum ini Aliff Aziz pernah terbabit kontroversi apabila keluar berkaraoke dengan pelakon Afifah Nasir ketika Bella baru 20 hari berpantang anak pertama mereka.

 
 


p/s: Mohon jangan salah orang, bukan Alif Satar ya Tuan Puan!
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Filem Misteri Dilaila Ada Dua Ending Berbeza?


Syafiq Yusof sekali lagi memukau penonton dengan filem terbaru beliau, Misteri Dilaila yang sedang ditayangkan di pawagam sejak 21 Februari 2019. Apa yang kami tahu, filem - filem arahan Syafiq Yusof tidak pernah mengecewakan dan setiap filem beliau pastinya ada 'plot twist' dan kali ini filem terbaru iaitu Misteri Dilaila, sememangnya ada plot twist bahkan kami difahamkan terdapat 2 versi ending yang berbeza. WOW!

Anda boleh baca komen - komen mereka yang sudah menonton Misteri Dilaila di panggung yang berbeza.

Filem Misteri Dilaila Ada Dua Ending Berbeza?

Filem Misteri Dilaila Ada Dua Ending Berbeza?

Filem Misteri Dilaila Ada Dua Ending Berbeza?

Dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Noor dan juga Sasqia Dahuri, Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) yang bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Ketika menginap di banglo tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian aneh. Tiba-tiba isterinya menghilang diri. Hasil bantuan Imam Aziz (Namron), isterinya berjaya ditemukan semula namun Jefri terkejut apabila wanita yang muncul itu bukan isterinya.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Older Posts

CARI GOSIP TERKINI

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

PEDIH MATA MINGGU INI

KOLEKSI OF GOSIP

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  May 2022 (1)
      • Gara Gara Tunggakan Yuran Penyelenggaraan, Awal As...
  • ►  2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
  • ►  2019 (10)
    • ►  February 2019 (10)
  • ►  2018 (9)
    • ►  October 2018 (4)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (13)
    • ►  November 2017 (4)
    • ►  October 2017 (9)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!