Nabil Tidak Memaksa Isterinya Untuk Bertudung Walaupun Telah Menasihatinya


Nabil Tidak Memaksa Isterinya Untuk Bertudung Walaupun Telah Menasihatinya

Semenjak Nabil dan Isteri pulang menunaikan ibadah Umrah sekitar Julai lalu, Isteri Nabil, Zira Ayub dipuji netizen kerana kelihatan cantik dan manis apabila bertudung dan berharap agar beliau sentiasa bertudung. Walaubagaimanapun, Zira kini kembali membuka tudung. Tindakan beliau menjadi tanda tanya kepada netizen dan ramai yang ingin mengetahui apakah komen Nabil mengenai isu ini.

Menurut Nabil, sebagai seorang suami beliau tidak memaksa isterinya untuk bertudung walaupun telah menasihatinya. Beliau tidak mahu terlalu memaksa dan mahu Zira kekal berhijab dan berharap satu hari nanti isterinya akan berhijab dengan hati yang terbuka serta ikhlas.
Pada ketika itu, mungkin dia sedang mencuba untuk berhijab dan saya beri galakkan. Tapi bila dia tak mahu berhijab, saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya dah pernah memintanya untuk berhijab.
Nabil Tidak Memaksa Isterinya Untuk Bertudung Walaupun Telah Menasihatinya

Setiap hari saya doakan supaya dia dapat rasa keikhlasan untuk berhijab. Saya dah rujuk kepada beberapa ustaz dan kata mereka, kerja saya sebagai suami adalah untuk memberitahunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab. Saya nak dia kekal berhijab dan bukan sekejap pakai, dan tak lama kemudian, kembali buka hijab.

Memikul tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah mudah apatah lagi jika ia berkaitan dengan tuntutan agama. Apa yang penting, kita berharap Nabil sentiasa dan terus menerus menasihati isterinya.

sumber: beautifulnara

You May Also Like

0 Comments