Fathia Latiff Sabar dan Redha, Rezeki Milik Allah
Kami kiciwa apabila mengetahui bahawa nama Nur Fathia digugurkan daripada drama La Luna akibat kontroversi video “Bigo Live”, rata-rata netizen beranggapan bahawa karier Fathia Latif di dalam dunia lakonan telah berakhir. Selepas kontroversi itu, setakat ini memang tiada sebarang tawaran lakonan yang diterima oleh Fathia. Namun pelakon itu percaya bahawa rezeki itu di tangan Tuhan.
Kata Fathia:-
Saya percaya rezeki di tangan Tuhan. Walaupun sebagai manusia kita sentiasa takut akan kehilangan rezeki atas perbuatan yang pernah kita buat yang pada pandangan masyarakat ia memberikan implikasi buruk, tetapi rezeki itu sudah ditetapkan. Andai ia milik kita ia tetap menjadi milik kita.Saya juga selalu mengingatkan diri rezei banyak ruang dan cabang. Sebelum pelbagai isu membabitkan diri saya timbul, saya bukan saja selebriti tetapi juga ahli perniagaan dan duta produk. Jadi pada saya rezeki Insya Allah ada di mana-mana saja.Saya percaya bila kita sentiasa sabar sabar dan redha dengan kententuan, Allah akan letak rezeki untuk kita. Cuma dalam waktu yang sama, sebagai manusia kita kena berusaha.
Menariknya Fathia Latiff juga turut memaklumkan yang dia sebenarnya keberatan untuk menerima tawaran membintang drama La Luna. Fathia juga turut memaklumkan yang dia tetap akan berlakon tambah syarat tambahan. Tambah Fathia lagi:-
Saya sebenarnya memang keberatan mahu menerima tawaran membintangi La Luna pada peringkat awal tetapi selepas dipujuk, saya buat juga demi kawan-kawan. Sebenarnya memang sudah tertulis bukan rezeki saya.Hendak kata saya buat syarat selepas ini, sebenarnya saya seperti pelakon lain akan melihat watak perwatakan, jalan cerita, pengarah dan produksi mana sebelum ini. Tiada apa pun perubahan atau syarat untuk saya bekerja. Cuma selesa bekerja dengan produksi yang memahami saya agar memudahkan kedua-dua pihak.
Bersabarlah Fathia Latiff. Memang rezeki itu sudah tertulis buat kita semua, sebagai manusia kita harus buat yang terbaik agar rezeki itu datang kepada kita. Jangan sia-siakan dengan melakukan kesilapan yang boleh dielakkan. Apa pun, semoga rezeki Fathia di dalam bidang lakonan tidak tertutup selepas kontroversi yang berlaku. Fathia memang pandai berlakon. Jadi agak rugi sekiranya dia di”black list” oleh kesemua produksi. Semoga masih ada sinar harapan untuk Fathia.
Sumber: Harian Metro.
0 Comments