Hafiz Hamidun Tunggu Keputusan Mahkamah, Enggan Keluar Sebarang Kenyataan



Sebelum ini, kami difahamkan Joy Revfa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Hafiz Hamidun tergesa-gesa mahu berkahwin kerana inginkan sesuatu. Sudah tentu kenyataan tersebut menimbulkan persoalan di kalangan mereka yang mengikut kontroversi pasangan suami isteri ini. Dan sudah tentu juga ramai yang berharap Hafiz Hamidun tampil untuk menjawab kenyataan Joy Revfa itu. Namun Hafiz telah mengambil langkah berjaga - jaga dengan memaklumkan yang dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan, sebaliknya hanya menunggu keputusan mahkamah terhadap kesnya dan Joy Revfa.

Kata Hafiz Hamidun:-

Sudah tiada apa yang nak diperkatakan lagi mengenai perkahwinan saya dengan Joy Revfa, dia memilih untuk menyelesaikan cara mahkamah, jadi kita tunggu sajalah keputusan hakim. Saya rasa tidak perlu keluarkan sebarang kenyataan kerana tak mahu orang fikir saya sekadar ingin meraih simpati.

Mungkin pada mata dia yang nampak seperti tergesa-gesa nak berkahwin, itu pendapat dia, jadi saya tak perlu nak ulas tentang benda ini. Sekarang dia sudah pilih jalan mahkamah, jadi tak perlu nak keluarkan apa-apa kenyataan tentang kes ini. Cukup-cukuplah, hormati proses mahkamah!

Saya banyak bersembang dengan orang sekeliling dan minta pandangan mereka, tak perlu nak stress atau tertekan kerana setiap masalah ada jalannya. Saya berpegang kepada prinsip, jangan buat keputusan ketika marah dan jangan juga buat keputusan semasa terlalu suka. Malah, kawan-kawan pun tak pernah bertanya tentang isu ini sehingga saya pula yang rasa pelik, mungkin mereka rasakan isu ini agak sensitif sehingga tak berani nak bertanya.

Hafiz Hamidun Tunggu Keputusan Mahkamah, Enggan Keluar Sebarang Kenyataan

Kami pun sebenarnya dah tak sabar nak menunggu perbicaraan kes ini berlangsung di mahkamah. Ia adalah satu kes yang amat menarik dan banyak pengajaran yang boleh diambil. Yang pasti kepentingan pendaftaran perkahwinan tidak boleh dipandang remeh oleh pasangan yang mahu berkahwin, sama ada di dalam atau di luar negara. Ini semua untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi. Semoga kebenaran akan terbukti, sekaligus membolehkan Hafiz melupakan episod hitam di dalam hidupnya ini. Sumber Mstar Online.

You May Also Like

0 Comments