Bella Astillah Akui Tawar Hati Dengan Sikap Aliff Aziz
Tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak mahu berubah dan curang buat kali kedua, penyanyi Bella Astillah mengakui beliau sudah tawar hati dengan Aliff Aziz dan redha sekiranya perceraian adalah jalan terakhir dan terbaik buat mereka berdua.
Jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan redha. Saya tak sangka dia akan buat hal lagi. Ingatkan, dia sudah berubah. Kali ini, dengan pelakon juga.Kerana terlalu cinta dan sayang pada seorang suami, akhirnya hati Bella sendiri yang terluka. Banyak yang sudah dipendam dan kini hatinya sudah tidak mampu untuk menanggung lagi segala keperitan.
Saya sudah tidak mampu untuk berselindung. Sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram. Sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang. Namun, nampaknya dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.
Silap saya sendiri sebab terlalu sayang, cinta dan menjaga nama serta keperluannya. Akhirnya, saya juga yang makan hati. Lima tahun kami saling mengenali dan usia perkahwinan kami juga memasuki tahun ketiga. Nampaknya, tempoh itu belum cukup untuk saya benar-benar mengenalinya. Dia masih tak serik. Ikutkan, banyak lagi kisah seumpama ini yang saya pendam dan tidak kongsi bersama umum.Sejujurnya, Bella tidak sangka suaminya itu boleh bermain cinta dengan Oktovia Manrose dalam tempoh yang singkat sewaktu menjalani penggambaran sebuah telefilem. Namun, Bella akui sejak kebelakangan ini sikap Aliff mula berubah dengan ketara sekali. Emosi suaminya itu agak tidak stabil dan banyak berdiam diri.
Dalam pada itu, Bella menafikan dakwaan kononnya beliau menghalau Aliff keluar rumah sejak 17 Februari lalu. Katanya pada waktu itu, Bella memberikannya pilihan untuk memperbaiki hubungan mereka atau keluar rumah dan akhirnya Aliff sendiri yang angkat kaki.
0 Comments