Suhaimi Saad Tidak Terima Penerangan Mufti Wilayah Persekutuan


Nama Suhaimi Saad ini semakin menjadi perbualan hangat apabila beliau telah menarik perhatian netizen dengan berhujah bahawa bumi itu rata atau datar atau lebih dikenali dengan fahaman Flat Earth. Ramai netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat Suhaimi Saad dan bermulalah episod perang bentuk bumi.


Namun begitu, Mufti Wilayah Persekutuan tampil untuk memberi penjelasan yang lebih jelas dan terperinci supaya umat Islam tidak confuse dan akhirnya menjejaskan iman. Cuba baca penerangan terperinci DI SINI

Kami sajikan bingkisan penerangan yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Zulkifli.

Sudah baca penjelasan dari Dato' Seri Dr. Zulkifli berkenaan bentuk bumi yang kita diami ini? Tapi jangan terkejut bahawa Suhaimi Saad tidak percaya penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan dan memilih fatwa ulama Arab Saudi kerana yakin bahawa mereka ini lebih alim daripada ulama pada zaman ini. Beliau menjelaskan dalam satu post beliau di Facebook:


Kami sangat hairan dan adakah beliau sedang troll rakyat jelata? Apapun, kami doakan agar Suhaimi Saad menemui jawapan yang dicari - cari. Kami pun teringin juga nak dengar Suhaimi Saad bersumpah bahawa bumi ini datar dan rata. Malu apa bossku?

You May Also Like

0 Comments