• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.
youtube facebook instagram twitter

Gosip Artis Malaysia Terkini dan Sensasi

Bella Astillah Tawar Hati Dengan Sikap Aliff Aziz

Tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak mahu berubah dan curang buat kali kedua, penyanyi Bella Astillah mengakui beliau sudah tawar hati dengan Aliff Aziz dan redha sekiranya perceraian adalah jalan terakhir dan terbaik buat mereka berdua.
Jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan redha. Saya tak sangka dia akan buat hal lagi. Ingatkan, dia sudah berubah. Kali ini, dengan pelakon juga.
Saya sudah tidak mampu untuk berselindung. Sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram. Sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang. Namun, nampaknya dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.
Kerana terlalu cinta dan sayang pada seorang suami, akhirnya hati Bella sendiri yang terluka. Banyak yang sudah dipendam dan kini hatinya sudah tidak mampu untuk menanggung lagi segala keperitan.

Bella Astillah Akui Tawar Hati Dengan Sikap Aliff Aziz

Bella Astillah Akui Tawar Hati Dengan Sikap Aliff Aziz

Silap saya sendiri sebab terlalu sayang, cinta dan menjaga nama serta keperluannya. Akhirnya, saya juga yang makan hati. Lima tahun kami saling mengenali dan usia perkahwinan kami juga memasuki tahun ketiga. Nampaknya, tempoh itu belum cukup untuk saya benar-benar mengenalinya. Dia masih tak serik. Ikutkan, banyak lagi kisah seumpama ini yang saya pendam dan tidak kongsi bersama umum.
Sejujurnya, Bella tidak sangka suaminya itu boleh bermain cinta dengan Oktovia Manrose dalam tempoh yang singkat sewaktu menjalani penggambaran sebuah telefilem. Namun, Bella akui sejak kebelakangan ini sikap Aliff mula berubah dengan ketara sekali.  Emosi suaminya itu agak tidak stabil dan banyak berdiam diri.

Bella Astillah Tawar Hati Dengan Sikap Aliff Aziz

Dalam pada itu, Bella menafikan dakwaan kononnya beliau menghalau Aliff keluar rumah sejak 17 Februari lalu. Katanya pada waktu itu, Bella memberikannya pilihan untuk memperbaiki hubungan mereka atau keluar rumah dan akhirnya Aliff sendiri yang angkat kaki.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Oktovia Manrose Nafi Ada Hubungan Dengan Aliff Aziz

Pelbagai cemuhan dan kecaman yang dilemparkan oleh netizen kepada pelakon baru, Oktovia Manrose selepas dikaitkan dengan gosip dan  kontroversi Aliff Aziz curang buat kali kedua.

Bagaimanapun, Oktovia tampil mempertahankan dirinya dan menyangkal dakwaan beliau ada hubungan dengan Aliff Aziz. Mereka tidak berdua-duaan di kelab malam dan pada masa yang sama, Oktovia juga menegaskan beliau tidak mabuk.
Kami bukan hanya berdua, ada yang teman untuk mengelakkkan difitnah. Saya tak suka orang buat tambah-tambah cerita macam ini. Jaga sikit muka. Alif dengan saya keluar sebagai kawan dan tiada apa yang serius di antara kami.
Apa bukti yang mengatakan saya mabuk? Mulut manusia memang busuk tak pernah nak kalah,satu cawan air langsung tak pegang.
Satu demi satu kenyataan yang keluar daripada pihak Oktovia dan juga Bella Astillah, namun Aliff sehingga kini masih berdiam diri mengenai kontroversi hangat ini. Malu Apa Bossku?

Oktovia Manrose Nafi Ada Hubungan Dengan Aliff Aziz

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Sekali lagi rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah dilanda badai apabila isterinya, Bella Astillah mendedahkan bahawa dia ada menjalinkan hubungan dengan pelakon utama sebuah telefilem. Malah, Bella turut mendedahkan bahawa Aliff sudah seminggu tidak pulang ke rumah.

Kami dimaklumkan, Bella telah menerima tiga rakaman video dari seseorang yang menunjukkan Aliff bersama pelakon yang merujuk dirinya sebagai ‘Via’ sedang mabuk, berpelukan dan menari bersama Bella di sebuah kelab.

‘Via’ mendakwa dia tidak mabuk dan meminta pihak yang mendakwa demikian mengeluarkan bukti. Namun ia disangkal oleh Bella yang mempunyai bukti tiga rakaman video kelakuan Via dan suaminya.

Walaupun begitu, Bella masih belum mendedahkan rakaman video tersebut.

Sebelum ini Aliff Aziz pernah terbabit kontroversi apabila keluar berkaraoke dengan pelakon Afifah Nasir ketika Bella baru 20 hari berpantang anak pertama mereka.

 
 


p/s: Mohon jangan salah orang, bukan Alif Satar ya Tuan Puan!
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Filem Misteri Dilaila Ada Dua Ending Berbeza?


Syafiq Yusof sekali lagi memukau penonton dengan filem terbaru beliau, Misteri Dilaila yang sedang ditayangkan di pawagam sejak 21 Februari 2019. Apa yang kami tahu, filem - filem arahan Syafiq Yusof tidak pernah mengecewakan dan setiap filem beliau pastinya ada 'plot twist' dan kali ini filem terbaru iaitu Misteri Dilaila, sememangnya ada plot twist bahkan kami difahamkan terdapat 2 versi ending yang berbeza. WOW!

Anda boleh baca komen - komen mereka yang sudah menonton Misteri Dilaila di panggung yang berbeza.

Filem Misteri Dilaila Ada Dua Ending Berbeza?

Filem Misteri Dilaila Ada Dua Ending Berbeza?

Filem Misteri Dilaila Ada Dua Ending Berbeza?

Dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Noor dan juga Sasqia Dahuri, Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) yang bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Ketika menginap di banglo tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian aneh. Tiba-tiba isterinya menghilang diri. Hasil bantuan Imam Aziz (Namron), isterinya berjaya ditemukan semula namun Jefri terkejut apabila wanita yang muncul itu bukan isterinya.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Desas desus mengatakan bahawa pelakon terkenal, Zul Ariffin telah berkahwin dengan gadis kelahiran Ukraine, Tanya Glembotska ditepis beliau seperti persis gaya silat Encik Solihin dalam filem Hantu Kak Limah. Cerita hero filem Tombiruo berusia 33 tahun itu berkahwin dengan gadis yang difahamkan seorang model menjadi tular gara-gara foto romantis dipercayai dimuat naik Glembotska dalam Instagram (IG) Story.
Zul Ariffin Tepis Dakwaan Telah Berkahwin Macam Sedang Bersilat
Kami tepis serangan Encik Solihin dengan caption dari Instagram milik Tanya Glembotska berbunyi "I want to say thanks to my husband. I am very happy with you." (Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada suamiku. Saya sangat gembira bersama kamu). Perkongsian berkenaan pantas mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan peminat bintang bertubuh sasa itu.

Namun, gerak geri langkah kami dibaca teliti dan tertib oleh Encik Solihin, makanya buah pertama beliau sajikan kepada kami sebelum buah kuntau kanan gantung dilempiaskan tepat dikomen dibawah ini:

"Tiada maknalah... Itu cerita lama! Saya tiada apa-apa komen.

“IG gosip itu kempunan perhatian agaknya. Komen pun tiada guna... Maaf, saya tiada komen," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH Online.

"Saya mengenalinya ketika bercuti di Phuket, baru-baru ini. Kebetulan kami menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai. Dia hanya kenalan dan saya melayaninya sama seperti orang lain," kata Zul dalam kenyataan dibuat, tidak lama dulu.

Encik Solihin lakonan Zul Ariffin berjaya mematahkan serangan kami dan berlalu pergi seperti awan yang beralun. Kenapa awan terapung? Dimanakah tarikan graviti?? - Wirawanbawang yang confius.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Kami difahamkan melalui tulisan Jep Sepahtu didalam laman Instagram beliau, menyatakan bahawa Sari Yanti mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah 3 bulan. Dimaklumkan lagi bahawa semasa sesi check-up yang dijalani oleh isteri Jep Sepahtu, kandungan beliau sudah tidak bergerak.
Sari Yanti Gugur Anak Kedua, Doakan Yang Baik - Baik

Berikut adalah tulisan Jep Sepahtu melalui Instagram beliau:
Sari Yanti Gugur Anak Kedua, Doakan Yang Baik - Baik
Minggu lepas abah bawa eya teman mama pergi hospital nak tengok adik. Adik eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doctor bagitau adik eya tak bergerak lagi dah. Doakan mama eya selamat operation harini ya. - Jep Sepahtu
Kami doakan semoga pembedahan tersebut berjalan lancar serta segala urusan Jep dan keluarga berjalan lancar. Amin - WIRAWANBAWANG
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI GOSIP TERKINI

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

PEDIH MATA MINGGU INI

  • Isteri Berang Aliff Aziz Jalin Hubungan Dengan Heroin Telefilem Pula?
  • Netizen Panas Punggung Dengan Persaraan Altimet

KOLEKSI OF GOSIP

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  May 2022 (1)
      • Gara Gara Tunggakan Yuran Penyelenggaraan, Awal As...
  • ►  2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
  • ►  2019 (10)
    • ►  February 2019 (10)
  • ►  2018 (9)
    • ►  October 2018 (4)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (13)
    • ►  November 2017 (4)
    • ►  October 2017 (9)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!