• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.
youtube facebook instagram twitter

Gosip Artis Malaysia Terkini dan Sensasi

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam

Siapa yang tidak idamkan percutian mewah yang menenangkan serta memberikan pengalaman yang unik? Baru - baru ini, Neelofa dikhabarkan sedang bercuti Maldives dan telah menginap di sebuah Villa iaitu The Muraka dengan harga untuk satu malam sahaja mencecah RM200K.

Dikelilingi lautan biru dan pelbagai hidupan laut serta bilik tidur yang lengkap dengan ciri dan teknologi moden dengan kelasnya tersendiri, penginapan yang dikenali sebagai The Muraka undersea villa yang didiami Neelofa berharga 50,000 USD ataupun lebih kurang RM 200,000 untuk satu malam. Fuh!

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam

Ok, kepada anda yang mengidam nak jadi Aquaman, boleh try menginap di The Muraka. Pasti koyak! Hahaha

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Biodata Wany Hasrita, Pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 31, 2018


Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau nama komersialnya Wany Hasrita merupakan penyanyi Malaysia yang popular dengan lagu single pertamanya Menahan Rindu dan lagu duet bersama Tajul Ariff Noor bin Md Shari, iaitu Disana Cinta Disini Rindu. Wany berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan kini menetap di Shah Alam.

Biodata Wany Hasrita, Pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 31, 2018

Beliau berjaya menamatkan pengajiannya di MSU Shah Alam dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dan merupakan artis rakaman FMC Music. Mempunyai kelab peminat rasmi, @wanyhasnizers[2] yang sentiasa menyokong kariernya. Di YouTube, jumlah tontonan bagi lagu single pertamanya, iaitu Menahan Rindu adalah sebanyak hampir 30 juta manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff Noor bin Md Shari, iaitu Disana Cinta Disini Rindu ditonton sebanyak 10 juta.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Biodata Siti Saleha, Artis Kacukan Melayu-British
Siti Saleha bertudung

Siapa yang tidak kenal artis berdarah kacukan Melayu-British ini? Tidak lain tidak bukan ialah Siti Saleha. Beliau mula jatuh cinta dengan dalm bidang lakonan semenjak terlibat secara lansung dalam iklan komersial untuk Maxix dan merupakan iklan pertamanya semasa berusia 12 tahun. Semangat dan minat Siti Salehasemakin membara apabila beliau terus menjadi model komersial seluruh sekolah tinggi. Dia juga membintangi dalam iklan singgam Wrigley, Celcom, Nescafe, Kraf Keju, Soft Honey, Follow Me, Pantene, Johnson & Johnson dan banyak.

Selepas sekolah tinggi dia memutuskan untuk mengambil peluang yang ada untuk ke tahap yang seterusnya dan mahu lebih terdedah dalam industri hiburan. Siri drama pertama Siti Saleha adalah 5 Jingga 'dimana dia memegang watak utama iaitu sebagai Zaleha. Beliau memegang watak sebagai kapten sorak.

Siti Saleha juga membuat persembahan teater sulungnya yang pertama di Stage Therapy, dan tidak lama selepas itu, membintangi beberapa drama seperti Habil & Qabil, Ustaz Amirul, SyurgaMu Ramadan, Bersalji di Kuala Lumpur, Baju Raya Mona, Puaka Topeng Putih, Awan Dania, Senandung Semalam, Mistik Alam Hitam, Memberku Hawa dan beberapa lagi.

BIODATA SITI SALEHA :
Nama : Siti Saleha Mohd Baharum
Panggilan : Siti Saleha atau Saleha
Asal : England
Keluarga : Anak ke 3 dari 4 beradik
Tarikh Lahir : 14 Mac 1990
Tinggi : 165 sentimeter
Berat : 50 kilogram
Drama: Kasut Tumit Tinggi , Farah, Kapten Boleh, 5 Jingga, Zaleha, Kecuali Cinta Mu dan Awan Dania musim 2.
Telemovie : Puaka Topeng Putih, Hati Batu , Raya Mona, Kau Laksana Bulan .
Teater : Stage Therapy.
Filem : Dendam Taming Sari,Pukul Habis,Kerat 14 dan Pak Pong
Iklan : Antaranya,Celcom, Wrigley’s DoubleMint, Gillette, Maggi, Nestle, Honey Soft, Pantene , F&N dan Nescafe.
FB Fun Page : https://www.facebook.com/pages/Siti-Saleha/150350348344799

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Nabil Tidak Memaksa Isterinya Untuk Bertudung Walaupun Telah Menasihatinya

Semenjak Nabil dan Isteri pulang menunaikan ibadah Umrah sekitar Julai lalu, Isteri Nabil, Zira Ayub dipuji netizen kerana kelihatan cantik dan manis apabila bertudung dan berharap agar beliau sentiasa bertudung. Walaubagaimanapun, Zira kini kembali membuka tudung. Tindakan beliau menjadi tanda tanya kepada netizen dan ramai yang ingin mengetahui apakah komen Nabil mengenai isu ini.

Menurut Nabil, sebagai seorang suami beliau tidak memaksa isterinya untuk bertudung walaupun telah menasihatinya. Beliau tidak mahu terlalu memaksa dan mahu Zira kekal berhijab dan berharap satu hari nanti isterinya akan berhijab dengan hati yang terbuka serta ikhlas.
Pada ketika itu, mungkin dia sedang mencuba untuk berhijab dan saya beri galakkan. Tapi bila dia tak mahu berhijab, saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya dah pernah memintanya untuk berhijab.
Nabil Tidak Memaksa Isterinya Untuk Bertudung Walaupun Telah Menasihatinya

Setiap hari saya doakan supaya dia dapat rasa keikhlasan untuk berhijab. Saya dah rujuk kepada beberapa ustaz dan kata mereka, kerja saya sebagai suami adalah untuk memberitahunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab. Saya nak dia kekal berhijab dan bukan sekejap pakai, dan tak lama kemudian, kembali buka hijab.

Memikul tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah mudah apatah lagi jika ia berkaitan dengan tuntutan agama. Apa yang penting, kita berharap Nabil sentiasa dan terus menerus menasihati isterinya.

sumber: beautifulnara
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI GOSIP TERKINI

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

PEDIH MATA MINGGU INI

  • Drama Band Troll Ramai Artis Sampai Butthurt Dengan Musik Video Terbaru
  • Gara Gara Tunggakan Yuran Penyelenggaraan, Awal Ashaari Dihalang Memasuki Rumah Sendiri
  • Suhaimi Saad Tidak Terima Penerangan Mufti Wilayah Persekutuan
  • Suhaimi Saad, Bekas Penyanyi InTeam Direhatkan Dari Konsert Amal
  • Bella Astillah Akui Tawar Hati Dengan Sikap Aliff Aziz

KOLEKSI OF GOSIP

  • ►  2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
  • ►  2019 (10)
    • ►  February 2019 (10)
  • ▼  2018 (9)
    • ▼  October 2018 (4)
      • Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k...
      • Biodata Wany Hasrita, Pemenang Bintang Paling Popu...
      • Biodata Siti Saleha, Artis Kacukan Melayu-British
      • Nabil Tidak Memaksa Isterinya Untuk Bertudung Wala...
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (13)
    • ►  November 2017 (4)
    • ►  October 2017 (9)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!