Header Ads

Zul Ariffin Sedia Akur Tamatkan Hubungan Dengan Zahirah Jika Bapanya Tidak Restu

Zul Arifin Sedia Akur Tamatkan Hubungan Dengan Zahirah Jika Bapanya Tidak Restu

Khabarnya, bapa kekasih Zul Ariffin, Zainol Macwilson telah memuat naik kenyataan sinis berkenaan hubungan anaknya Zahirah dengan pelakon popular itu di Instagram. Sehubungan itu, ada peminat yang membuat telahan hubungan antara Zul dan Zahirah tidak begitu baik.

Rentetan peristiwa itu, Zul meminta agar Zainol berterus-terang jika tidak merestui hubungan Zahirah dengannya, bukannya menggunakan media sosial untuk bersikap sinis. Zul memberitahu BH Online:

Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tidak suka kami rapat? Kenyataannya itu membuat saya tertanya-tanya apa tujuannya, tetapi hingga hari ini, saya tiada jawapan.

Saya berharap bapa Zahirah menjadi lelaki yang ‘gentleman’ dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri.

Zul memberitahu dia memahami Zainol hanya mahukan yang terbaik untuk Zahirah:
Saya juga bakal menjadi bapa suatu hari nanti, sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk zuriat sendiri. Saya sanggup tolak ke tepi perasaan saya jika itu yang dimahukan. Cuma, pinta saya, berterus terang supaya saya tidak tertanya-tanya.

Zul Arifin Sedia Akur Tamatkan Hubungan Dengan Zahirah Jika Bapanya Tidak Restu

Zul juga memberitahu dia sememangnya jarang memuat naik gambarnya dengan Zahirah ke media sosial mahupun hadir ke majlis hiburan bersama teman wanitanya itu kerana dia ingin menjaga nama baik Zahirah.

Saya mahu orang luar memandang usaha keras Zahirah memperkenalkan bakat dan bukan menjaja kisah cinta. Saya bukan baru, sudah hampir 10 tahun dalam bidang ini. Jadi, saya sudah faham dengan permainan industri hiburan.

Cuma, saya tidak faham kepada perlu mencetuskan perkara ini? Semua ini saya peroleh tanpa melalui jalan mudah. Bertahun-tahun saya menunggu untuk berada pada tahap ini, mengapa tiba-tiba buat saya seperti ini.

Penulis pun perasan Zul amat jarang dilihat bersama Zahirah. Gambar bersama yang ada di Internet  pun hanya dari masa mereka awal menjalinkan hubungan dua tahun lepas.

Sememangnya alasan Zul tidak memuat naik gambar dengan Zahirah itu kukuh. Untuk apa menjaja kisah percintaan yang belum pasti kesudahannya, bukan? Tambahan pula, awal perhubungan mereka agak kontroversi juga.

sumber: beautifulnara

No comments