• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.
youtube facebook instagram twitter

Gosip Artis Malaysia Terkini dan Sensasi

Direhatkan atas faktor kontroversi
Kami difahamkan, Suhaimi Saad atau lebih dikenali sebagai Mosus yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Inteam direhatkan daripada Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM yang bakal berlangsung di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 20 April ini.

Wakil penganjur yang juga pengarah KGM Event, Mahmud Fahrurrazey berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira segenap sudut pandangan dan keperluan demi kelangsungan penganjuran konsert amal itu.

Katanya, pihaknya sedia maklum mengenai kontroversi melanda Suhaimi berhubung beberapa kenyataan yang berbaur provokasi sehingga bukan saja menerima reaksi kurang senang dalam kalangan netizen malah turut mendapat liputan meluas di media massa.

Suhaimi Saad mohon Dr Sheik Muzzafar bersumpah Bumi itu bulat
“Selaku penganjur ini, kami berasa amat kesal perkara ini menjadi isu sangat besar sehingga mencetuskan perang mulut membabitkan banyak pihak dan Suhaimi sendiri yang sangat kami hormati secara peribadi.

“Selepas mengambil kira segenap sudut pandangan dan keperluan demi kelangsungan penganjuran konsert amal ini di masa akan datang, kami bersepakat untuk merehatkan Suhaimi daripada konsert kali ini.

“Keputusan ini juga diambil untuk memberi sedikit ruang kepada dirinya atas persetujuan bersama dengan kedua belah pihak setelah berbincang dengan teliti,” katanya.

Menurut Mahmud, pihaknya ada berhubung dengan Suhaimi bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu yang tular.

Bagi menjawab pertanyaan media katanya, mereka sebagai penganjur berpendirian, kontroversi itu pada mulanya dilihat sebagai isu kecil tercetus daripada keterlanjuran khilaf yang mungkin tidak disengajakan atas kapasiti peribadi.

Menurutnya, ia tidak sedikitpun mengurangkan keyakinan mereka untuk bergandingan dengan beliau bagi menjayakan penganjuran konsert amal itu.

“Untuk pengetahuan semua, sepanjang bekerjasama dengan Suhaimi, kami mengenali karakter dirinya iaitu seorang yang sangat komited dalam menyokong sebarang program berunsurkan dakwah dalam memperjuangkan irama nasyid.

“Dia juga kami sifatkan sebagai artis yang memiliki karisma dan berbakat besar.

“Pihak kami ada berhubung dengan Suhaimi baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang melanda selain untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai pembabitan beliau dalam konsert ini,” katanya.

Dalam masa sama, Mahmud berharap salah faham yang timbul dapat diselesaikan segera.


“Kami menyerahkan kepada kebijaksanaan dan kematangan Suhaimi untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dengan penuh berhemah dan integriti.

“Kami sangat optimis dan berharap supaya segala salah faham yang terjadi dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Pada konsert itu, kumpulan nasyid yang bakal membuat persembahan seperti Hijjaz, Inteam, UNIC dan Mestica.

Selain itu, terdapat juga persembahan istimewa daripada bekas anggota kumpulan nasyid yang kini aktif bergerak secara solo iaitu Fitri Haris, Hafiz Hamidun dan Fadzli Aziz (UNIC).

Kami Bawangwarriors berharap kemelut ini dapat berakhir dan orang ramai berlapang dada serta tidak memperbesarkan lagi isu yang melanda Suhaimi Saad.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Al kisah bermula apabila Drama Band mengeluarkan musik video mereka yang terbaru berjudul 'Drama'. Dalam bingkisan musik video yang berdurasi 3.21 minit ini, terdapat beberapa references kepada kontroversi artis - artis malaysia yang suatu ketika agak panas dan pedih mata antaranya gimik Haqiem Rusli yang kononnya depression, Si Hijabista Ernisya yang akhirnya terkantoi berbikini dan Kontroversi Ex Dewi Remaja yang pergi clubbing selepas dinobatkan Dewi Remaja.

Namun, didalam musik video ini telah ditulis DISCLAIMER menyatakan ianya tiada kaitan antara hidup dan mati, namun nampaknya jelas rujukan kontroversi itu adalah dari artis - artis tempatan.  Semoga berjaya Drama Band - Bawangwarriors


Rasa nak terajang pun ada parodi ini
gambar cilok beautifulnara

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam

Siapa yang tidak idamkan percutian mewah yang menenangkan serta memberikan pengalaman yang unik? Baru - baru ini, Neelofa dikhabarkan sedang bercuti Maldives dan telah menginap di sebuah Villa iaitu The Muraka dengan harga untuk satu malam sahaja mencecah RM200K.

Dikelilingi lautan biru dan pelbagai hidupan laut serta bilik tidur yang lengkap dengan ciri dan teknologi moden dengan kelasnya tersendiri, penginapan yang dikenali sebagai The Muraka undersea villa yang didiami Neelofa berharga 50,000 USD ataupun lebih kurang RM 200,000 untuk satu malam. Fuh!

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam

Ok, kepada anda yang mengidam nak jadi Aquaman, boleh try menginap di The Muraka. Pasti koyak! Hahaha

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam

Neelofa Menginap di The Muraka Dengan Harga RM200k Satu Malam


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Biodata Wany Hasrita, Pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 31, 2018


Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau nama komersialnya Wany Hasrita merupakan penyanyi Malaysia yang popular dengan lagu single pertamanya Menahan Rindu dan lagu duet bersama Tajul Ariff Noor bin Md Shari, iaitu Disana Cinta Disini Rindu. Wany berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan kini menetap di Shah Alam.

Biodata Wany Hasrita, Pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 31, 2018

Beliau berjaya menamatkan pengajiannya di MSU Shah Alam dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dan merupakan artis rakaman FMC Music. Mempunyai kelab peminat rasmi, @wanyhasnizers[2] yang sentiasa menyokong kariernya. Di YouTube, jumlah tontonan bagi lagu single pertamanya, iaitu Menahan Rindu adalah sebanyak hampir 30 juta manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff Noor bin Md Shari, iaitu Disana Cinta Disini Rindu ditonton sebanyak 10 juta.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Biodata Siti Saleha, Artis Kacukan Melayu-British
Siti Saleha bertudung

Siapa yang tidak kenal artis berdarah kacukan Melayu-British ini? Tidak lain tidak bukan ialah Siti Saleha. Beliau mula jatuh cinta dengan dalm bidang lakonan semenjak terlibat secara lansung dalam iklan komersial untuk Maxix dan merupakan iklan pertamanya semasa berusia 12 tahun. Semangat dan minat Siti Salehasemakin membara apabila beliau terus menjadi model komersial seluruh sekolah tinggi. Dia juga membintangi dalam iklan singgam Wrigley, Celcom, Nescafe, Kraf Keju, Soft Honey, Follow Me, Pantene, Johnson & Johnson dan banyak.

Selepas sekolah tinggi dia memutuskan untuk mengambil peluang yang ada untuk ke tahap yang seterusnya dan mahu lebih terdedah dalam industri hiburan. Siri drama pertama Siti Saleha adalah 5 Jingga 'dimana dia memegang watak utama iaitu sebagai Zaleha. Beliau memegang watak sebagai kapten sorak.

Siti Saleha juga membuat persembahan teater sulungnya yang pertama di Stage Therapy, dan tidak lama selepas itu, membintangi beberapa drama seperti Habil & Qabil, Ustaz Amirul, SyurgaMu Ramadan, Bersalji di Kuala Lumpur, Baju Raya Mona, Puaka Topeng Putih, Awan Dania, Senandung Semalam, Mistik Alam Hitam, Memberku Hawa dan beberapa lagi.

BIODATA SITI SALEHA :
Nama : Siti Saleha Mohd Baharum
Panggilan : Siti Saleha atau Saleha
Asal : England
Keluarga : Anak ke 3 dari 4 beradik
Tarikh Lahir : 14 Mac 1990
Tinggi : 165 sentimeter
Berat : 50 kilogram
Drama: Kasut Tumit Tinggi , Farah, Kapten Boleh, 5 Jingga, Zaleha, Kecuali Cinta Mu dan Awan Dania musim 2.
Telemovie : Puaka Topeng Putih, Hati Batu , Raya Mona, Kau Laksana Bulan .
Teater : Stage Therapy.
Filem : Dendam Taming Sari,Pukul Habis,Kerat 14 dan Pak Pong
Iklan : Antaranya,Celcom, Wrigley’s DoubleMint, Gillette, Maggi, Nestle, Honey Soft, Pantene , F&N dan Nescafe.
FB Fun Page : https://www.facebook.com/pages/Siti-Saleha/150350348344799

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Nabil Tidak Memaksa Isterinya Untuk Bertudung Walaupun Telah Menasihatinya

Semenjak Nabil dan Isteri pulang menunaikan ibadah Umrah sekitar Julai lalu, Isteri Nabil, Zira Ayub dipuji netizen kerana kelihatan cantik dan manis apabila bertudung dan berharap agar beliau sentiasa bertudung. Walaubagaimanapun, Zira kini kembali membuka tudung. Tindakan beliau menjadi tanda tanya kepada netizen dan ramai yang ingin mengetahui apakah komen Nabil mengenai isu ini.

Menurut Nabil, sebagai seorang suami beliau tidak memaksa isterinya untuk bertudung walaupun telah menasihatinya. Beliau tidak mahu terlalu memaksa dan mahu Zira kekal berhijab dan berharap satu hari nanti isterinya akan berhijab dengan hati yang terbuka serta ikhlas.
Pada ketika itu, mungkin dia sedang mencuba untuk berhijab dan saya beri galakkan. Tapi bila dia tak mahu berhijab, saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya dah pernah memintanya untuk berhijab.
Nabil Tidak Memaksa Isterinya Untuk Bertudung Walaupun Telah Menasihatinya

Setiap hari saya doakan supaya dia dapat rasa keikhlasan untuk berhijab. Saya dah rujuk kepada beberapa ustaz dan kata mereka, kerja saya sebagai suami adalah untuk memberitahunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab. Saya nak dia kekal berhijab dan bukan sekejap pakai, dan tak lama kemudian, kembali buka hijab.

Memikul tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah mudah apatah lagi jika ia berkaitan dengan tuntutan agama. Apa yang penting, kita berharap Nabil sentiasa dan terus menerus menasihati isterinya.

sumber: beautifulnara
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI GOSIP TERKINI

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

PEDIH MATA MINGGU INI

  • Isteri Berang Aliff Aziz Jalin Hubungan Dengan Heroin Telefilem Pula?
  • Netizen Panas Punggung Dengan Persaraan Altimet

KOLEKSI OF GOSIP

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  May 2022 (1)
      • Gara Gara Tunggakan Yuran Penyelenggaraan, Awal As...
  • ►  2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
  • ►  2019 (10)
    • ►  February 2019 (10)
  • ►  2018 (9)
    • ►  October 2018 (4)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (13)
    • ►  November 2017 (4)
    • ►  October 2017 (9)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!