Fattah Amin Lancarkan Single Terbaru Berjudul - 1234U


Fattah Amin Lancarkan Single Terbaru Berjudul '1234U'

Kami tahu peminat-peminat Fattah Amin sedang melonjak kegembiraan sekarang ini kerana beliau telah pun melancarkan lagu terbaru yang bertajuk “1234U”. Sebelum ini Fattah Amin telah menggegarkan dunia nyanyian tanah air dengan lagu Wanita Terakhir yang menambat hati jutaan pendengar di Malaysia (nada sarkastik).

Menariknya lagu “1234U” ini turut dilancarkan bersama-sama dengan video klip rasminya. Kami dah 'berjaya' tengok dan dengar lagu ini (Alhamdulilah tiada yang cedera | Sarkastik 2.0). Boleh tahan catchy lagu terbaru Fattah Amin ini. Confirm meletop-letop la lepas ini.


Lagu “1234U” ini adalah OST untuk telefilem Wanita Terindah yang akan menyaksikan Fattah Amin sekali lagi bergandingan dengan Fazura. Pastinya semua pihak sudah semakin tidak sabar untuk menantikan gandingan mantap kedua-dua pelakon hebat ini.

Fattah Amin Lancarkan Single Terbaru Berjudul '1234U'

Lagu “1234U” ini telah dicipta oleh Aizat Amdan, Anas Amdan, dan Mel Ramlan yang turut bertanggungjawab membuat single pertamanya, Wanita Terakhir. Sementara itu muzik videonya turut menampilkan pelakon cilik Adam Mika yang akan turut tampil di dalam telefilem Wanita Terindah. Setakat penulisan ini, video klip “1234U” sudah pun ditonton lebih daripada 5,000 kali. Apa pendapat anda tentang lagu terbaru Fattah Amin ini?

You May Also Like

0 Comments