Abang Long Fadil 2 Kutip RM17.9 Juta, Tewaskan Polis Evo


Abang Long Fadil 2 Kutip RM17.9 Juta, Tewaskan Polis Evo

Kami ucapkan beribu - ribu tahniah kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan filem Abang Long Fadil 2. Kini filem arahan Syafiq Yusof itu telah mengutip RM17.8 juta, sekaligus mengenepikan filem Polis Evo sebagai pemegang rekod jualan tiket tertinggi di Malaysia. Ini adalah satu kejayaan yang amat membanggakan. Untuk makluman, jumlah kutipan filem Polis Evo adalah RM17.7 juta.

Tambah memberangsangkan ialah filem Abang Long Fadil 2 masih lagi ditayangkan di 70 pawagam seluruh Malaysia sehingga ke hari ini. Ini bermaksud filem yang dibintangi Zizan Razak, Wak Doyok, Tania Hudson dan AC Mizal ini berkemungkinan besar mampu mencecah angka keramat RM18 juta. Berikut ialah kata-kata penerbit Abang Long Fadil 2, Datuk Yusof Haslam berkenaan kejayaan ini:-

Saya melihat kebangkitan semula filem Melayu semakin positif dengan persaingan sihat dalam kalangan pengarah muda. Jika dua tahun lalu, filem Polis Evo karya sutradara baharu, Ghaz Abu Bakar mengejutkan industri perfileman, kini ramai pengarah muda berlumba-lumba menghasilkan filem berkualiti. Saya juga lihat saingan antara anak saya, Syamsul dan Syafiq yang sentiasa mahu filem arahan mereka meningkat kepada tahap lebih tinggi setiap tahun.

Berdasarkan sambutan yang diterima, berkemungkinan besar filem Abang Long Fadil akan disambung selepas ini. Ini bermakna akan ada Abang Long Fadil 3 untuk pengikut filem ini. Sudah pasti ia satu berita yang cukup mengujakan. Sama-sama kita nantikan. 

You May Also Like

0 Comments